Thursday, September 29, 2011

Rangkuman Permasalahan Solat Jamak & Qasar



1) Soalan : Jika tempat yang dituju mempunyai jalan yang pendek (kurang 2 marhalah) dan jalan panjang (lebih 2 marhalah), bolehkah jama’ dan qasar jika ikut jalan panjang?

Jawapan: Ok, boleh jika jalannya lebih mudah dan lebih selamat untuk dilalui berbanding jalan yang pendek ( dekat ), tetapi jika tujuannya semata-mata untuk solat jama’ dan qasar maka ia tidak harus.

2) Solat yang ditinggal semasa musafir bolehkah diqado’ dengan diqasarkan semasa bermukim?

Jawapan: Tidak boleh sebab solat berjemaah (tamam) lebih afdhal daripada solat qasar seseorang yang tidak berjemaah ketika musafir.

3) Soalan : Bolehkah saya lakukan solat jama’ taqdim antara solat Jumaat dengan solat Asar ?

Jawapan : Boleh melakukan jama’ taqdim solat Jumaat dengan Asar. Tetapi tidak boleh jama’ ta’khir, kerana solat Jumaat hanya pada waktu zohor sahaja.



4) Soalan : Apakah hukum bermusafir pada hari Jumaat ?

Jawapan : Haram bermusafir selepas fajar sekiranya dalam perjalanannya tidak boleh solat Jumaat. Jika boleh tunaikan Jumaat maka ia diharuskan bermusafir. Boleh jama’ dan qasar sekiranya keluar sebelum fajar (subuh). Namun, jika seseorang itu keluar musafir selepas fajar ( subuh ) dan kemudian dia tertinggal solat Jumaat, maka dia tidak boleh melakukan solat zuhur dan asar dengan kaedah jamak dan qasar, tetapi hendaklah solat seperti biasa. ( hanya pada hari Jumaat, hari-hari lain boleh jamak & qasar seperti biasa )



5) Soalan: Benarkah seorang musafir apabila sampai tempat yang dituju, boleh melakukan jama’ dan qasar selama tiga hari tiga malam. Selepas itu tidak boleh lagi jama’ dan qasar?

Jawapan: Ok, boleh atau tidak seseorang musafir melakukan jama’ dan qasar adalah bergantung kepada rancangan dan niatnya hendak berada di satu-satu tempat. Kerana jika dia berazam awal-awal lagi atau sebelum tiba di tempat itu hendak tinggal selama 4 hari 4 malam atau lebih, maka safarnya akan terputus dan sebaik sahaja dia tiba di tempat berkenaan, kerana dia telah dikira telah bermukim dan bukan lagi musafir. Lainlah jika dia berazam hendak tinggal di satu-satu tempat selama 3 hari atau tidak sampai 4 hari, maka bolehlah dia melakukan jama’ qasar dalam tempoh masa tersebut. Oleh yang demikian, anggapan yang mengatakan seseorang boleh jama’ qasar sekadar 3 hari di tempat yang dituju itu secara mutlak adalah tidak benar, kerana boleh atau tidak jama’ qasar bergantung kepada penentuan awal atau azamnya sebagaimana huraian di atas.



Berikut merupakan beberapa lagi masalah yang sering terjadi dalam masyarakat :

- Seorang telah solat jama’ taqdim zohor dan asar dalam perjalanan dan telah sampai rumahnya sebelum waktu Asar. Maka dia tidak wajib mengulang lagi solat asar itu kerana telah mendapat rukhsah jama’ taqdim.

- Seorang musafir menziarahi saudara (lebih dua marhalah) selama 3 hari, kemudian menziarahi saudara yang lain 2 hari (walaupun 3@4 km shj). Maka dia boleh jama’ dan qasar kerana tidak sampai tempoh memutuskan safar (4 hari 4 malam dalam satu-satu tempat).

- Seorang yang memulakan safarnya sebaik sahaja waktu solat telah masuk. Musafir tersebut boleh melakukan jama’ dan qasar dalam perjalanan.

Seorang bermukim di K. Lumpur dan hendak bermusafir ke Ipoh dengan Kapal Terbang, setelah tiba di Lapangan Terbang Subang, dia solat Jama; zohor dan Asar. Tiba-tiba penerbangan di batalkan dan terpaksa pulang. Musafir tersebut tidak perlu lagi solat Zohor dan Asar.

- Seorang pelajar USM ingin balik ke kampungnya sekadar 3 hari sahaja. Tidak boleh jama’ qasar sebab kampung halaman adalah watannya ( tempat asalnya ) sendiri dan tidak dianggap musafir.

Wallahu’allam.....

7 comments:

  1. kalo kite nk solat dalam bas...tpi xde wudhu cam ne? kalo nk tayamum kne amek debu tanah yg suci...adeyg org kata bley amek debu dinding...masalanye tu dinding bas....boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Anonymous : baik...ade bberape pndapat...brdasarkan Ustaz Zahazan...mazhab as-syafie, debu hanya bole dipakai dari jenis debu tanah shj...dan dia syorkan solat hormati waktu dengan keadaan tidak berwudhu' dan kalo smpai kt destinasi nnti, maka kna solat lain law waktu masih ada....tp ade plak sstengah pndapat mngatakan x pe gune debu dlam bas....Tuntasnye, yg elok kite buat mcm ustaz zahazan ckap...kite solat untk hormati waktu, kemudian kita ganti balik bile dh smpai kt destinasi yg kite tuju tu...Wallahu'allam

    ReplyDelete
  3. salam.sblom itu mohon maaf sudara..sye nak betolkn penrngan enta tentang hukum solat jumaat bg orng yg bermusafir..Terdapat ulama2 lain seperti Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa tidak wajib Jumaat bagi sesiapa sahaja yang bermusafir tanpa sebarang syarat.

    لم تجب الجمعة على من ينشئ لها سفرًا؛ فإن الجمعة لا تجب على مسافر‏.‏

    “Tidak wajib Jumaat ketas sesiapa yang melakukan permusafiran, kerana sesungguhya Jumaat tidak wajib kepada orang musafir,”

    Komentar bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Atiyah Saqr mengenai pandangan diatas (pandangan empat mahzab) ialah ; Aku melihat ruhsah bagi mereka yang bermusafir walaupun ia (Solat Jumaat) tidak wajib, kerana ganjarannya yang besar, dan jika ia melangkaui batasan solat Zohor semasa bermusafir panjang atau pendek, maka lakukanlah Solat secara Qasar atau Jama’ jika ianya permusafiran yang jauh sebagaimana yang dinayatakan didalam fiqh.

    وأما صلاة الجمعة فلا بد أن تكون في جماعة، وفي المسجد، وهي لا تجب على المسافر، فقد صح في حديث ابن عمر رضي الله عنهما أن الجمعة لا تجب على المرأة والمريض والعبد والمسافر، وهذا من باب التخفيف والتيسير؛ لأن المسافر مشغول بأمر نفسه لبعده عن موطن إقامته ولتشتت فكره وتغير عوائده مهما كان السفر مريحًا، فقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “السفر قطعة من العذاب”، والسفر عام يشمل كل سفر قديمًا وحديثًا مهما اختلفت وسائله أو تعددت طرقه، وبناء عليه فإذا صلى المسافر الظهر فإنه يجوز له أن يصليها قصرًا، بل هذا واجب عند كثير من العلماء لأن النبي صلى الله عليه وسلم ما أتم صلاة في سفر قط. والله أعلم.

    “Bagi solat Jumaat, ia mestilah dilakukan secara berjemaah didalam masjid, maka tidaklah di wajib keatas musafir, telah sahih dari hadith Ibn Umar ra. bahawa pada hari Jumaat tidak diwajibkan keatas wanita, orang sakit, hamba dan musafir, ini merupakan bab keringanan dan kemudahan, kerana sesungguhnya sedang sibuk dengan urusannya, jauh dari tempat watannya dan tempat tinggalnya dan kecamuknya pemikiran, perbezaan kadar (rates) bagi menentukan permusafirannya

    selesa, maka Rasulullah bersabda :’Permusafiran adalah sebuah azab’, secara umumnya permusafiran termasuklah permusafiran sekarang dan dahulu, tidak kira apa perbezaannya, atau perjalanannya yang pelbagai arah, dimana apabila Musafir bersolat Zohor maka dibolehkan keatasnya bersolat secara qasar, bahkan ada

    kebanyakkan ulama’ mewajibkan demikian kerana sesungguhnya Nabi tidak bersolat penuh sama sekali pada masa bermusafir”.

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum.... ana mhu thu apakah hukum bertayamum ketika hendak solat jama' sedang kan tayamum hanya dibenar kan utk satu solat fardhu....

    ReplyDelete
  5. As salam, keraguan setiap kali balik kampung bercuti 5 hari semasa hari raya. Saya bermastautin di kl. Bolehkan solat jama' qasar utk 3 hari 3 malam yg pertama setelah sampai ke kampung? Hari ke 4 pulak saya solat seperti biasa. Tq.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, saya telah selesai solar jamak qasar, setelah selesai saya tepaksa pulang ke rumah kerana tertinggal barang dan menyambung perjalanan semula, apakah hukum solat itu sah atau tidak

    ReplyDelete
  7. Kepada soalan2 yg belum dijawab, sy harap anda sudah menemui jawapan. 😬

    ReplyDelete