Sunday, April 24, 2011

Permasalahan Sujud Sahwi Tapi Kita Malu Bertanya…..


1) Soalan : Sekiranya kita tertinggal salah satu perkara rukun dalam solat, bolehkah kita menutup solat kita dengan hanya sujud sahwi ???

Jawapan : Ok, sekiranya tertinggal salah satu daripada fardhu atau rukun, solat tak boleh ditutup dengan just sujud sahwi semata-mata. Kita hendaklah terlebih dulu melakukan rukun yang tertinggal itu sekiranya jaraknya yang tidak jauh dan kita teringat sebelum memberi salam. Misalnya :

Kita terus sujud dan tertinggal rukuk mybe terlupa, maka hendaklah bangun semula untuk melakukan rukuk dan barulah dilakukan sujud sahwi selepas tahiyyat akhir sebelum salam. Ataupun kita terlupa membaca al-Fatihah pada salah satu rakaat dan teringat selepas memberi salam, walaupun mybe telah bercakap sepatah-dua dengan kawan, maka boleh juga kembali menyambung solat dengan menambah kekurangan tadi ( bacaan al-Fatihah ) dan kemudian disunatkan sujud sahwi….Wallahu’allam….


2) Soalan : Sekiranya seseorang itu terlupa membaca doa qunut, dan teringat time dia nak sujud, so bolehkah dia kembali melakukan doa qunut tersebut ???

Jawapan : Ok, apabila seseorang tu terlupa melakukan salah satu sunat ab’adh, dia tak boleh kembali melakukannya setelah dia sempurna melakukan rukun seterusnya. Misalnya :

Lepas I’tidal, anda terlupa membaca doa qunut, kemudian terus sujud. Dalam sujud tu, baru teringat, maka tak boleh bangun kembali untuk membaca doa qunut tu. Sebaliknya anda hanya perlu menggantikannya dengan sujud sahwi selepas tahiyyat akhir yakni sebelum salam.


Tetapi, jika anda belum sempurna untuk mengerjakan sujud, maka bolehlah bangun semula untuk membaca qunut. Maksud belum sempurna untuk sujud ialah, sekiranya anda turun selepas I’tidal untuk sejud, tetapi belum sampai paras had rukuk, maka dibolehkan bangun semula untuk mengerjakan qunut dan tak perlu sujud sahwi. Jika anda sudah melebihi paras had rukuk pula, tetapi belum sampai kepada sempurna sujud, maka dibolehkan juga kembali naik untuk membaca qunut, tetapi sunat juga dia mengerjakan sujud sahwi.

Begitu juga jika tertinggal tahiyyat awal. Sekiranya anda teringat sebelum anda naik sampai paras rukuk untuk rakaat ke-3, maka dibolehkan duduk kembali membaca tahiyyat awal dan tak sunat sujud sahwi. Sekiranya anda teringat setelah naik ke paras rukuk, tetapi belum sempurna berdiri, maka sunat anda sujud sahwi. Tapi jika anda sudah berdiri tegak untuk rakaat ke-3, maka tak boleh turun kembali untuk membaca tahiyyat awal, sebab jika anda turun kembali, solat anda dikira BATAL.

Namun jika anda terlupa juga untuk sujud sahwi selepas solat, maka boleh kembali sujud sahwi dengan syarat anda teringat ( tertinggal sujud sahwi itu ) dalam masa yang tak terlalu lama selepas selesai solat. Bagaimanapun, kalau tertinggal sujud sahwi tu, taklah sampai tahap menjejaskan solat kerana ia just sunat…Wallahu’allam…


3) Soalan : Bagaimana jika Imam terlupa untuk sujud sahwi & apakah bacaan sujud sahwi ???

Jawapan : Ok, secara ringkasnya, jika Imam terlupa untuk sejud sahwi, maka makmum bolehlah melakukannya ( sujud sahwi ) setelah imam selesai memberi salam.
Bacaan sujud sahwi adalah seperti berikut…..


Walaubagaimanapun, dibolehkan juga membaca dalam sujud sahwi dengan bacaan seperti sujud biasa….Wallahu’allam

18 comments:

  1. nk tnye bagaimana pulak kalau, kita tertinggal satu rakaat, lepas tu kita bangun ganti satu rakaat tu tapi kita terlupa atau tak buat sujud sahwi. sah ke solat kita atau kena solat balik

    ReplyDelete
  2. Anonymous : x perlu....sbb sujud sahwi tu just sunat....yg pntingnye ialah bngun untuk ganti rakaat...law trlupe sjud...solat ttap sah sbb sujud tu sunat....melainkan jika x buat rakaat ganti....maka tetap kene gnti balik rakaat yg trtinggal..jika dh siap bg salam tp blum brcakap dngan sesiapa...maka bleh trus bngun untk gantikan rakaat yg trtinggal....Wallahu'allam

    ReplyDelete
  3. berdasarkan sumber manakah perkara sunat seperti doa qunut (dalam solat subuh) perlu kita sujud sahwi?

    doa qunut ini sunat tapi kene buat sujud sahwi kalau terlupa/tertinggal, maka doa qunut ini wajib la kiranya dalam rukun solat subuh?

    ReplyDelete
  4. saya terlupa saya dah rukuk atau belum waktu rakaat terakhir. tapi saya sambung solat, dan sebelum salam, saya sujud sahwi. sah ke solat saya?

    ReplyDelete
  5. Tuan, kalau terlupa rukuk, kita bangun balik selepas tahiyat akhir sebelum salam kan? Kita perlu baca alfatihah masa dalam berdiri ke (kira ganti dengan 1 rakaat) atau sekadar sekejap sahaja dan terus rukuk?

    Satu lagi soalan, bagaimana pula kalu terlupa duduk antara dua sujud? Ganti dengan 1 rakaat ke?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Saya nak tanya sepas sujud sahwi.. Kembali baca tahiyat akhir balik dan salam.. Mcm biasa kan?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Saya nak tanya sepas sujud sahwi.. Kembali baca tahiyat akhir balik dan salam.. Mcm biasa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas tahiyat akhir...sujud sahwi...pastu duduk ...then sujud sahwi sekali lagi then terus duduk tanpa baca tahiyat akhir dan salam

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Bagaimana kalau kita sujud sahwi tetapi terlupa bacaan sujud sahwi. Memadai tak kalau kita baca bacaan sujud biasa?

    ReplyDelete
  10. Bagaimana kalau kita sujud sahwi tetapi terlupa bacaan sujud sahwi. Memadai tak kalau kita baca bacaan sujud biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm.. klau sy sujud sahwi tp salah bacaannya sbb sy salah engt mcm mna pulak ye?

      Delete
  11. tetapi kalau pegi blajar kat luar negara seperti di uk imamnyer x baca doa qunut..naqibah saya cerita pengalaman die disana..jd mcm mana tu?mazhab mane yg mengatakan doa qunut ni sunat yg mana kalau terlupa x perlu sujud sahwi?saya musykil

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Nak tanya, kalau tersalah sujud sahwi iaitu saya buat satu sujud sahaja bukan dua, bagaimana ya? Adakah sah solat? Sbb baru sedar sujud sahwi dua kali sujud

    ReplyDelete
  13. Kalau terbaca tahiyat akhir lepas sujud sahwi bagaimana ?

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum macam mana kalau saya belum habis lagi baca tahiyat akhir, saya baca sampai bacaan seperti tahiyat awal, lepas tu, saya sujud sahwi, lepas tu saya bangun balik sambung bacaan tahiyat akhir tu, terus bagi salam setelah itu, adakah sah solat saya?

    ReplyDelete