Wednesday, March 30, 2011

Meluruskan saf solat



Soalan : Urusan meluruskan saf dalam solat sudah kurang diberi penekanan sejak akhir-akhir ni, malah ada imam yang terus bertakbir tanpa berusaha untuk melihat keadaan saf jemaah yang jelas tidak rapat dan tidak lurus. Mohon diterangkan keadah sebenarnya untuk kesempurnaan solat ???

Jawapan : Ok, apa yang dikatakan itu adalah benar dan kerap berlaku. Semua ini berkemungkinan disebabkan kejahilan kita tentang hal ini akan betapa urusan ini sangat dijaga oleh Rasulullah dalam solat berjemaah. Sikap tak prihatin dalam isu saf ini member impak yang besar kepada kesatuan umat Islam. Dengan melurus dan merapatkan saf solat, ianya melambangkan kesatuan umat Islam sepertimana sebuah hadis yang bermaksud bahawa saf yang tidak lurus maka ALLAH akan menjadikan perselisihan antara kaum Muslimin. Daripada al-Nu’man bin Basyir r.a, beliau berkata:

“ Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ‘ Hendaklah kamu benar-benar meluruskan saf solat atau jika tidak, maka ALLAH akan jadikan perselisihan antara kamu.”
( Muttafaq ‘alaih yakni disepakati Bukhari & Muslim )

Di dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a :

“ Rasulullah s.a.w biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula daripada satu hujung sisi ke hujung sisi yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda ‘ Janganlah kamu berbeza yakni tidak lurus safnya kerana perbuatan itu akan menjadikan hati kalian berselisih.”
( Riwayat Muslim )






Sewajarnya menjadi tugas imam untuk memastikan lurus dan rapatnya saf para jemaah sebelum memulakan solat. Ibnu Hajar al-Haitami dalam kitabnya ‘ Tuhfatul Muhtaj Bi Syarhil Minhaj ‘ menyebut :

“ Di dalam hal ini juga setiap disunahkan bagi setiap orang setelah dikumandangkan iqamah untuk memerintahkan makmum meluruskan safnya, lebih-lebih lagi bagi seorang imam seperti dengan ucapan ‘ Luruskanlah saf kamu, semoga ALLAH merahmati kamu ‘ dan imam juga dianjurkan untuk melihat ke kanan dan ke kiri untuk memastikan saf telah dilurus dan dirapatkan. Jika masjid itu luas, maka imam boleh melantik seseorang untuk memerintahkan makmum membetulkan saf mereka, dengan suara yang dapat didengar oleh orang yang berada di saf belakang. Dan sesiapa makmum yang melihat terdapat kekosongan pada saf, maka disunahkan baginya untuk memerintahkan makmum yang lain meluruskan dan merapatkan saf tersebut. “

Daripada Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“ Luruskanlah safmu, dan hendaklah kamu merapatkannya, keran sesungguhnya aku dapat melihat kamu dari belakang badanku.”

Anas kemudian berkata :

“ Dan saya melihat bahawa para sahabat saling merapatkan bagu-bahu mereka dengan bahu yang ada disebelahnya dan mereka juga merapatkan kaki-kaki mereka dengan kaki yang ada disebelahnya.”
( Riwayat Bukhari & Muslim )

So, beringatlah kita semua akan kepentingan saf solat ni..nampak mcm simple…tp sangat ditekankan oleh Rasul al-Amin…membuktikan kepentingannya.

Wallahu’allam...

Tuesday, March 29, 2011

Solat memakai wangian alkohol & haiwan geli time solat


1) Soalan : Adakah dibolehkan solat dalam keadaan memakai ‘perfume’ yakni wangian yang ada alcohol ???

Jawapan : Ok, alkohol yang dicampurkan dalam wangian bukan dari bahan najis, so ia tak menjejaskan solat kita. Sebaliknya kalau ia dari bahan arak yang memabukkan misalnya, maka ia dikira tidak boleh dan tak sah. Adalah lebih afdal dijauhi dari ‘khilaf’ yakni perselisihan dengan tidak menggunakan minyak wangi itu sebelum menunaikan solat atau menggunakan minyak wangi yang isinya bebas dari alkohol, maka ini adalah langkah lebih berjaga-jega dan lebih selamat….
Wallahu’allam




2) Soalan : Sekiranya seseorang sedang solat, tiba-tiba lalu di hadapannya binatang-binatang yang membuatkan dia takut dan geli seperti cicak, lipas, katak dan sebagainya, bolehkah dia berhenti dari solatnya ???

Jawapan : Ok, sebenarnya tak perlu berhenti solat, tapi boleh tukar posisi tempat solat dengan pergerakan yang tak membatalkan solat sama ada ke kanan or ke kiri, ke depan or ke belakang, dengan syarat mengekalkan menghadap kiblat. Dalam keadaan itu, hindari juga daripada melompat yang ketara, kerana tidakan tersebut boleh membatalkan solat.
Wallahu’allam….

Nanah keluar time solat & hukum qunut


1) Soalan : Ada nanah sebesar saiz titik ‘marker pen’ pada telekung saya, adakah sah solat saya ???

Jawapan : Ok, sekiranya nanah tersebut pecah tanpa ikhtiar kita, maka tak batal solat tetapi law ia pecah disebabkan usaha & ikhtiar kita, maka batallah solat tersebut. Lagipun law ia pecah tanpa tanpa usaha kita, pecah itu dikira berlaku di luar pengetahuan kita. Wallahu’allam




2) Soalan : Apakah hukum bacaan qunut dalam solat Subuh ???

Jawapan : Ok, dalam mazhab Syafi’ie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dalam solat subuh adalah sunat ab’ad iaitu sunat yang diberi pahala bagi sesiapa yang mengerjakannya dan bagi yang lupa atau lalai mengerjakannya, maka disunatkan untuk menggantikannya dengan sujud sahwi. Imam Jalaluddin al-Mahalli berkata yang bermaksud:
“ Disunatkan qunut pada iktidal rakaat ke-2 daripada solat subuh dengan doa ‘Allahummahdini’ hingga akhirnya “
Imam Syafi’ie pula berkata :
“ Tidak ada qunut dalam solat 5 waktu kecuali solat subuh sahaja, melainkan wujud bencana, maka dibolehkan qunut pada semua solat sendainya imam menyukainya “
Wallahu’allam…

Saturday, March 26, 2011

Solat Tanpa Telekung & Sujud di atas Telekung


1) Soalan : Saya lihat sekarang ada orang perempuan yang solat tak pakai telekung. Dengan memakai tudung biasa, baju labuh dan seluar, tetapi saya lihat dia memakai stoking. Bolehkah wanita solat dengan pakaian sedemikian ???

Jawapan : Ok secara ringkasnya, sebenarnya yang penting dalam syarat sah solat ialah menutup aurat. Kaki ialah aurat, seluruh badan juga aurat kecuali muka dan tapak tangan. Jika seseorang tu menutup auratnya tak kira dengan apa pakaian sekalipun, maka solatnya dikira sah walaupun dia tidak memakai telekung….Wallahu’alam



2) Soalan : Saya lihat kadang-kadang ada orang ( kebanyakan orang tua ) yang memakai telekung terlampau labuh ketika solat. So, ketika sujud, kadang-kadang dia sujud di atas telekung tersebut yang terhampar di hadapannya. Saya rasa waswas, adakah sah solat mereka seperti itu ???

Jawapan : Ok, seseorang yang solat dan sujud di atas kain yang bergerak dengan pergerakan solatnya seperti kain telekung yang biasa, maka solatnya dikira tidak sah. Tetapi jika telekungnya itu cukup panjang atau cukup labuh sehingga tidak bergerak dengan pergerakan solatnya seperti ketika dia duduk, bangun, rukuk dan sebagainya tidak menggerakkan kain telekung, maka solatnya dikira sah walaupun dia sujud di atas kain telekung tersebut. Tetapi, telekung yang ada hari ini, bukanlah panjang atau labuh sangat dan biasanya bergerak dengan pergerakan solat, maka tak boleh sujud di atas kain telekung tersebut…..Wallahu’alam

Friday, March 25, 2011

Solat Jumaat banduan & solat ketika azan


1) Soalan : Apakah hukum solat Jumaat atau solat berjemaah bagi banduan di dalam penjara, dengan mengikut seorang imam yang menggunakan pembesar suara, dalam keadaan mereka berada di dalam sel masing-masing ???

Jawapan : Solat berjemaah mesti dilakukan dalam suatu tempat yang boleh wujud hubungan langsung antara imam dengan makmum, dan antara mereka tak boleh dipisahkan dengan jarak 300 hasta tetapi jika makmum berada di dalam bilik tertutup, maka tentulah hubungan dengan imam terputus dan tak sah. Sah solat Jumaat untuk sesuatu kariah ialah apabila di situ terdapat orang bermastautin sekurang-kurangnya 40 orang. Tetapi dalam penjara, banduan adalah rata-rata orang yang bermukim, maka meraka tidak wajib melakukan jumaat. Maka dalam keadaan itu adalah lebih afdal mereka mengerjakan solat zuhur daripada solat Jumaat….Wallahu’allam



2) Soalan : Disebabkan mengejar waktu kerana ada tugasan penting, saya terus solat sebaik azan berkumandang. Adakah dibolehkan solat sebaik mendengar azan atau dikehendaki menunggu sehingga habis azan ???

Jawapan : Pada dasarnya, solat mesti dilakukan dalam waktunya. Maknanya apabila masuk waktu solat baru boleh solat. Tetapi sebelum solat terdapat amalan sunat yang seharusnya kita lakukan iaitu azan dan iqamah. Di antara azan dan iqamah pula disunatkan melakukan solat sunat qabliyyah. Ok, merujuk kepada soalan diatas, seharusnya anda menunggu selesai azan kerana menghormati azan dan menjawab azan adalah sunat. Selepas itu baru anda boleh terus melakukan solat. Sungguhpun begitu, jika dalam keadaan yang memaksa seperti takut terlepas bas, kereta api, kapal terbang dan seumpamanya, maka tak salah kalau kita terus solat sebaik azan dikumandangkan….Wallahu’alam

Wednesday, March 23, 2011

Meletak tangan & Waswas terkentut



1) Soalan : Apa yang saya belajar meletakkan tangan ketika solat ialah di atas pusat di bawah dada, berdasarkan kepada kitab-kitab feqah mazhab Syafi'ie. Sekarang ini ada pula yang mengatakan cara itu salah dan tak ikut hadis nabi. Hadis yang sahih kata mereka mengatakan letak tangan di atas dada. Boleh diperjelaskan masalah ini..??

Jawapan : Mengenai masalah meletakkan tangan dalam solat ini sebenarnya meletakkan tangan di mana pun boleh, tak ade masalah, dia atas dada boleh, di bawah dada di bawah pusat pun boleh. Malah hendak letak di bawah pusat pun boleh. Ini semua ada nas-nasnya. Banyak hadis yang menjelaskan tentang solat baginda. Cuma yang nampak berbeza kerana mengikut imam-imam mazhab berdasarkan ijtihad masing-masing.

-Bagi mazhab Syafi'ie, tangan diletakkan di bawah dada di atas pusat ke kiri sedikit.
-bagi mazhab hanafi, tangan diletakkan di bawah pusat.

Jadi kita tidak boleh menyalahkan mana-mana amalan tersebut dan menyatakan kita sahaja yang betul walaupun kita mendakwa mengikut hadis yang sahih.
Konklusinya, di mana pun diletakkan tangan mengikut mazhab-mazhab tersebut adalah sunnah, cuma yang makruh ialah meletakkan tangan di pinggang ( cekak pinggang ), kerana ia menggambarkan sifat sombong dan angkuh. Apa yang penting, jangan sesekali kita menyalahkan amalan orang lain kalau ILMU & kajian kita tak sejauh mana...Wallahu'allam



2) Soalan : Saya kadang-kadang waswas samada terkentut atau tidak ketika solat. Bunyi dan bau tak ade, tapi seperti ada keluar angin. Adakah syariat mempunyai kaedah untuk menyelesaikan masalah seperti itu...?? Dan sah ke kalau kita terus solat dalam keadaan demikian...???

Jawapan : Sebenarnya menurut nabi s.a.w, jangan keluar solat sehingga kita dapati ada bau dan bunyi. Jadi jika kita waswas seperti ada terkentut tetapi tidak ada bau dan bunyi, maka itu tidak memberikan apa-apa hukum. Bermakna kita ikut satu kaedah yang mengatakan " Sesuatu yang yakin tidak boleh dihilangkan dengan syak "
Berdasarkan kaedah Usul Fiqh ini, jika seseorang tu yakin dia telah berwuduk, tetapi merasa ragu-ragu samada dia telah terkentut atau tidak, ia hendaklah dihukumkan sebagai tidak kentut....
Wallahu'allam

Monday, March 21, 2011

Masbuk Solat & Solat Sendirian



1) Soalan : Ketika solat sendirian, apakah disunatkan membaca surah al-Fatihah dan surah-surah lazim dengan kuat.?? Bilakah waktunya boleh baca dengan kuat dalam solat..??

Jawapan : Disunatkan orang yang bersolat sendiri membaca dengan kuat dalam solat-solat tertentu sahaja. Tempat-tempat yang disunatkan membaca dengan kuat adlah seperti berikut :

* 2 rakaat solat subuh
* 2 rakaat pertama solat maghrib
* 2 rakaat pertama solat isyak
* 2 rakaat solat jumaat
* 2 rakaat solat hari raya 'Aidiladha & 'Aidilfitri
* 2 rakaat solat gerhana matahari & bulan
* 2 rakaat solat minta hujan ( Istisqa')
* Solat Tarawikh & witir pada bulan Ramadhan

Wallahu'allam


2) Soalan : Saya masbuk dalam solat Maghrib, tetapi apabila imam & makmum lain memberi salam, saya juga ,mengikut mereka. Adakah solat saya batal & perlu diulang semula..??

Jawapan : Jika seseorang yang masbuk memberi salam bersama dengan imam kerana terlupa, solatnya tidak batal tetapi hendaklah dia kembali meneruskan solatnya pada rakaat yang tertinggal dan disunatkan sujud sahwi......Wallahu'allam