Wednesday, March 30, 2011

Meluruskan saf solat



Soalan : Urusan meluruskan saf dalam solat sudah kurang diberi penekanan sejak akhir-akhir ni, malah ada imam yang terus bertakbir tanpa berusaha untuk melihat keadaan saf jemaah yang jelas tidak rapat dan tidak lurus. Mohon diterangkan keadah sebenarnya untuk kesempurnaan solat ???

Jawapan : Ok, apa yang dikatakan itu adalah benar dan kerap berlaku. Semua ini berkemungkinan disebabkan kejahilan kita tentang hal ini akan betapa urusan ini sangat dijaga oleh Rasulullah dalam solat berjemaah. Sikap tak prihatin dalam isu saf ini member impak yang besar kepada kesatuan umat Islam. Dengan melurus dan merapatkan saf solat, ianya melambangkan kesatuan umat Islam sepertimana sebuah hadis yang bermaksud bahawa saf yang tidak lurus maka ALLAH akan menjadikan perselisihan antara kaum Muslimin. Daripada al-Nu’man bin Basyir r.a, beliau berkata:

“ Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ‘ Hendaklah kamu benar-benar meluruskan saf solat atau jika tidak, maka ALLAH akan jadikan perselisihan antara kamu.”
( Muttafaq ‘alaih yakni disepakati Bukhari & Muslim )

Di dalam hadis riwayat Abu Hurairah r.a :

“ Rasulullah s.a.w biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula daripada satu hujung sisi ke hujung sisi yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda ‘ Janganlah kamu berbeza yakni tidak lurus safnya kerana perbuatan itu akan menjadikan hati kalian berselisih.”
( Riwayat Muslim )






Sewajarnya menjadi tugas imam untuk memastikan lurus dan rapatnya saf para jemaah sebelum memulakan solat. Ibnu Hajar al-Haitami dalam kitabnya ‘ Tuhfatul Muhtaj Bi Syarhil Minhaj ‘ menyebut :

“ Di dalam hal ini juga setiap disunahkan bagi setiap orang setelah dikumandangkan iqamah untuk memerintahkan makmum meluruskan safnya, lebih-lebih lagi bagi seorang imam seperti dengan ucapan ‘ Luruskanlah saf kamu, semoga ALLAH merahmati kamu ‘ dan imam juga dianjurkan untuk melihat ke kanan dan ke kiri untuk memastikan saf telah dilurus dan dirapatkan. Jika masjid itu luas, maka imam boleh melantik seseorang untuk memerintahkan makmum membetulkan saf mereka, dengan suara yang dapat didengar oleh orang yang berada di saf belakang. Dan sesiapa makmum yang melihat terdapat kekosongan pada saf, maka disunahkan baginya untuk memerintahkan makmum yang lain meluruskan dan merapatkan saf tersebut. “

Daripada Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“ Luruskanlah safmu, dan hendaklah kamu merapatkannya, keran sesungguhnya aku dapat melihat kamu dari belakang badanku.”

Anas kemudian berkata :

“ Dan saya melihat bahawa para sahabat saling merapatkan bagu-bahu mereka dengan bahu yang ada disebelahnya dan mereka juga merapatkan kaki-kaki mereka dengan kaki yang ada disebelahnya.”
( Riwayat Bukhari & Muslim )

So, beringatlah kita semua akan kepentingan saf solat ni..nampak mcm simple…tp sangat ditekankan oleh Rasul al-Amin…membuktikan kepentingannya.

Wallahu’allam...

No comments:

Post a Comment